Karier antarabangsa Mathieu_Debuchy

Debuchy dan Jordi Alba ketika suku akhir Euro 2012

Debuchy telah bermain untuk pasukan bawah-21. Pada 5 Ogos 2010, Debuchy dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh pengurus baru Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010 tetapi tidak memenangi kap pertamanya sehingga bulan November 2011. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland di Valenciennes pada 27 Mei 2012.[15]

Blanc memilih Debuchy dalam skuad 23 pemain untuk UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 29 Mei 2012. Dia bermula sebagai pertahanan kanan Les Bleus dalam perlawanan pembukaan menentang England, membantu pasukannya untuk seri 1–1, di mana prestasinya telah dipuji sebagai "luar biasa"[16].[17] Dia bermain 90 minit penuh untuk Perancis ketika perlawanan kedua kumpulan ketika kemenangan 2–0 ke atas Ukraine pada 15 Jun,[18] dan bermain dalam baki perlawanan mereka sebelum disingkirkan Sepanyol di peringkat suku akhir.

Debuchy dinamakan Didier Deschamps dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[19] Dia bermain dalam semua perlawanan mereka ketika mereka layak ke suku akhir, kecuali ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ecuador di mana Bacary Sagna bermain di tempatnya.

Rujukan

WikiPedia: Mathieu_Debuchy http://www.arsenal.com/news/news-archive/20140717/... http://www.bbc.com/sport/0/football/29275029 http://espnfc.com/player/_/id/69458/cc/3436 http://www.espnfc.com/english-fa-community-shield/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.premierleague.com/en-gb/news/news/2013-... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.lequipe.fr/Football/FootballFicheJoueur... http://www.lfp.fr/joueur/debuchy-mathieu